JellyPages.com

Friday, June 4, 2010

LBS


3 June 2010

aku kuar g dating...OU...
weeweee~~~
kebetulan hari ni 1st day LBS ditayangkan kt cinema...
plan nk tgk letters to juliet...
tp xda plak..huhu
then idea gile ak...
suggest tgk LST...hahahha

dgn bangga nye tiket LBS dibeli...
130ptg..hall 3..seat F14 n 15...
kt GSC..hohoho

smntara tggu kol130...,lpk2 lu..
dok usha2 cmera baru...
canon ixus 200is..hohoho

pastu...kol130 tros msuk hall...
bpk besar hall..
aku kagum n teruja...hahahaha

lyn la movie ni jp...
ni sinopsisnya....

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo

Pengarah : Sharad Sharan

Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.

Kesimpulan:


bley tahan la..
cite jiwang...
lawak pon ada...
byk sedey...
smpi ngs...
hehehehe
padahal ak pon terasa nak nangis...
tp cover la beb...
naseb bek xda yg perasan...
ak b'jaya kantoikan org ngs...
tp xmo ngaku..
hahahahha
ending xbest la..
cm hang cmtu je...
heroin mati..
adoi la...

my lovely, ske style rambut FK..
adakah berjaya die nk wt cmtu???
juz wait n see...
hehehhee
ray ban FK mne mau cari????
aiyoyoyo...

to abg:
sorry la eh syg paksa tgk cite ni...
xt'sengaje la..hehehe
pesanan dari penaja ni...jgn jadi cm azmi k?!cam kasyah xpe...tp kasyah yg last2 la..bkn yg awl2 tu...huhu

=D






2 comments: